Syahida Farhan terima anugerah dua tahun berturut-turut di Majlis Persada Kencana

03/01/2016

PULAU PINANG, 3 Jan - Calon Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Sains Malaysia (USM), Syahida Farhan Azha telah menerima anugerah dua tahun berturut-turut di Majlis Persada Kencana (MPK) iaitu Best Postgraduate Research Project 2014 dan Best Postgraduate Thesis Award (Master Thesis) 2015 untuk kategori Kejuruteraan dan Teknologi yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM baru-baru ini.

Menurut Syahida Farhan, penyelidikannya yang bertajuk 'Development of Thin Absorbent Coating for Dyes Removal' di bawah penyeliaan Dr. Suzylawati Ismail itu bertujuan untuk menghasilkan cat yang boleh menyingkirkan atau membersihkan air berwarna yang memberi tumpuan kepada pencemaran air dari kilang tekstil atau batik.

Kejayaan lain yang juga pernah diraih oleh Syahida Farhan ialah Gold Medal Award ketika International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2014 di KLCC, Gold Medallist in innovation exhibition by World Exhibition Inventions, Research and New Technologies (INNOVA) 2014 di Brussels Belgium, Gold Medal dari Korean International Women Invention Exposition (KIWIE) 2015.

Anugerah di MPK 2015 ini telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein.

Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started